Salam perjuangan untuk hidup bahagia dunia dan akhirat.
Tahun 2008 pertama kali aku menjejak bumi Cambodia melalui bandar kecil Siem Reap kemudian Batambang dan Phnom Penh. Kali ini 30 Mei- 2 Jun  jejak itu aku ulangi persis seperti dulu.
Cuma orang Cambodia yang bersama saya kali ini tidak sama. Yang lama ada yang sudah kembali menemui Allah penciptanya.
Bermula ziarah Tonle Sap masjid terapung sudah  lama diganti baru.

image

image

Jeti lama dan  rumah penduduk yang usang disekitar tasik sudah tiada . Sudah berubah kerana pembangunan.

image

image

Lebih enam tahun berulang alik ke wilayah ini untuk bersama membantu ummat muslim Cambodia.
Namun satu pertemuan dmasjid berkenaan semalam membuat hati ini agak kacau.
Tujoh tahun dulu seorang hamba Allah dengan muka mengharap bercerita tentang susah untuk ummat islam dikampong air itu beribadah di masjid kerana masjid nya sentiasa pindah randah ikut pasang surut air. Maka berusahakan kami bersama Cambodian Muslim Cooperative ,Equtban.com dan NGO muslim lain mencari dana membeli tanah dan membina masjid disini.
Semalam selepas masjid cantik mereka mengadu masjid tiada jemaah dan anak muda yang dulu masih remaja dan kini sudah dewasa merayu memohon sumbangan untuk belajar ke Madrasah Kubang Bujok Trengganu.
Dan anehnya beliau juga yang pernah dibantu tujoh tahun lalu untuk belajar disana. Mengapa belajar sampai 7 tahun? Maka berdebat kita berkaitan hal ini. Banyak persoalan berbangkit dari tiket pesawat USD1000,sponsor belajar dan hinggalah soal mengapa masjid hanya 2 atau 3 orang yang berjemaah.
Maka terungkailah beberapa persoalan sikap sebenar mereka dan sebab yang menyebabkan mereka terus sedemikian. Persoalan yang perlu difikirkan ialah, satu sisi kita mahu membantu tetapi satu sisi mereka memenfaatkan bantuan untuk menjadikan mereka malas berusaha.
Itulah cerita semalam di Siem Reap.Cambodia 30 Mei 2016.
Perjalanan kuteruskan ke Batambang untuk urusan audit yang sama.

Share on Facebook
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>