Tentang kami
Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017. Rumah Kebajikan Wargaemas ini juga menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu memastikan kebajikan dan keselamatan wargaemas sentiasa terjaga.

Misi
Memperkasakan pengisian kerohanian & keilmuan bagi ketenangan jiwa penghuni-penghuni Rumah Wargaemas Warisan Kaseh serta memastikan kesinambungan kehidupan mereka hingga akhir hayat dalam tenang dan aman.

Visi
Menjalankan kerja amal dengan menyediakan Rumah Rehat dan Tarbiyah Wargaemas Warisan Kaseh disamping membantu golongan ini untuk menggunakan waktu hujung usia mereka dengan ulangkaji pelajaran agama dan membaca Al-Quran.

Prinsip
Menggalakkan keprihatinan kerjasama, pergaulan & perhubungan yang mesra serta keluarga penyayang di antara mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Kami memberi perkhidmatan, perlindungan & membantu mengekalkan taraf kesihatan yang optimum.
Memberikan peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkumpul, berkenalan dan melaksanakan aktiviti bersama.